![GRED JAM TANGAN](https://cdn.store-assets.com/s/240819/f/1213471.jpeg?width=1200)
Hai selamat pagi dan Assalamualaikum...
Hari ni topik kita gred jam.. Apa beza antara gred A,AA, AAA, 1:1 Copy Ori.
Mungkin korang tertanya-tanya apa gred tue... Jam semua samakan? tapi sebenarnya dalam membeli jam, kita kena tahu gred bagi sesuatu jam. Ada sesetengah customer tak kisah gred, janji jam nampak tersebut trendy dan fashionable. Ada customer yang mementingkan gred dan kualiti sesuatu jam. Harga jam juga bergantung kepada gred-gred jam tersebut. Bermula dari low (gred A) membawa kepada mahal (gred copy Ori 1:1).Gred juga berkaitan dengan penggunaan kepada bahan Material yang digunakan,Kaedah reka bentuk, Spesifikasi jam tersebut, serta pakej yang ditawarkan.
Categori Gred:
Gred A :
Merupakan gred jam yangpaling low dan paling murah. Biasanya jam dari dari gred ni diCopy dari design original hanya dalam 10% shj. Kadang2 ade yg tak nampak mcm design yang ditiru dari ori langsung. Kebiasaannya gred ni dari kilang2 thailand, Kadang-kadang, ada juga jam yang tidak ditiru dari original, tetapi more kepada fashionable sahaja. Memang design menarik, harga yang murah dan sesuai bagi mereka yang sukakan fashionable. Harga market biasa brg gred ni dari rm10-rm50 bergantung pada barang.
Gred AA
Kategori Gred sederhana ok. Harga mampu milik, dan lebih better dari gred A. Dari segi spesifikasi, material. Yang menarik minat customer adalah kerana mampu milik dari segi harga dan design yg ok. Barang dari gred ni diCopy dari design original hanya dalam 40% shj. Biasa market harga tak lebih rm100 dari gred ni bergantung pada brg.
Gred 3A
Merupakan dari Gred pertengahan. Gred ni paling ramai seller jual dan tarikan customer. Gred yang cantik, Material dan spesifikasi yang baik, tawaran pakej2 yang menarik serta warranty kedai. Bab Warranty tu kena check dengan setiap kedai ye. Barang dari gred ni diCopy dari design original dalam 70%. Harga market biasanya tak lebih rm150 bergantung pada jenis barang. Ade jgk barang yang sampai rm200.
Gred 5A
Bagi Gred 5A, stakat ni Jarang2 seller jual. Sbb beza brg dan harga sikit je dari gred 1:1. Barang dari gred ni diCopy dari design original dalam 85%. Biasanya barang dari gred ni memang dah copy sebijik mcm ori, tp disebabkan ade yang tak cukup syarat jadi diletakkan dalam gred ini. Contoh brg dah copy sebijik satu persatu design mcm ori tp kotak plak tak sama mcm ori. Dari segi mesin yang digunakan juga berbeza, material dan spesifikasi ada perbezaannya. Ataupon tag plak xsama mcm ori. Tu je la beza dari yang copy 1:1.Mesti ada yang tak sama walau sikit. Harga biasanya lebih kurang sama dengan gred 1:1. Mungkin murah sikit.
Gred 1:1
Gred paling mahal. Gred yang sama sbijik mcm ori dari segi design Dari A-Z. Ape yang bila beli kat butik dapat, so yang beli dengan gred 1:1 ni pon kau mungkin dapat sekali. Kotak,tag,Kad dan lain2. Sampaikan Material pon ade jgk sama. Senang kata tak de cacat cela lah selagi orang tu tak teropong barang kau dengan mikroskop. Harga bergantung pada jenis barang. Ade 1 jenis design Yang sy pernah jumpa gred 1:1 ni sampai 2ribu ringgit iaitu Jam hublot, Sbb yang ori jam tu adalah rm200 ribu. Huhu..
Now kita tengok pada spesifikasi, material, Design dan pakej yang ditawarkan.
1. Bahan material yang digunakan:
Kualiti bahan material sesebuah jam tangan mempengaruhi keselesaan, ketahanan dan penampilan produk tersebut. Mengambil contoh bahan material yang digunakan jam tangan Casio G-Shock BA110. Penggunaan quality rubber pada BA110 gred 1:1 menjadikan bahagian getah di sekeliling jam tangan tersebut adalah lebih keras & ringan berbanding dengan standard rubber BA110 gred AA. Quality rubber juga membantu menyerlahkan warna yang lebih menarik pada jam tangan tersebut.
2. Kaedah pertukangan dan reka bentuk :
Nilai estetika merupakan simbol nilai kualiti sesebuah jam tangan. Semakin tinggi gred sesebuah jam tangan tersebut maka semakin tinggi nilai estetika yang terserlah. Sebagai contoh, jam tangan Omega replika dan original seperti dalam gambar di bawah. Bahagian bulatan berwarna tersebut menandakan ciri-ciri hasil rekaan yang kasar berbanding dengan jam tangan original di sebelah kanan.
Gambar menunjukkan hasil rekaan jam tangan Omega original adalah lebih halus berbanding dengan replika.
3. Spesifikasi jam tangan.
Lazimnya, spesifikasi sebenar sesebuah jenama jam tangan dapat dilihat pada produk yang asli @ original. Spesifikasi tersebut akan berkurangan apabila diperturunkan kepada gred-gred yang lebih rendah. Kita lihat jenama Casio G-Shock Frogman. Frogman gred original mempunyai beberapa keupayaan di dalam air seperti daya tahan yang tinggi sehingga 200 meter di bawah laut, alat pencatat masa sehingga 24 jam, 4 jenis penggera, waktu mengikut bulan, waktu pasang surut laut, dan sebagainya. Namun, jika anda membeli Frogman gred AA, anda hanya dapat menikmati jam tangan tersebut seperti spesifikasi jam tangan biasa yang lain, iaitu hanya dapat melihat dan mencatat masa serta penggera.
4. Pekej yang disertakan.
Pekej yang disertakan semasa membeli sesuatu jam tangan boleh diumpamakan seperti bonus semasa membeli produk tersebut. Setiap gred menyediakan pekej bonus yang tersendiri. Jika anda inginkan pekej bonus yang dapat memuaskan anda semua, disarankan agar membeli produk gred 1:1 ke atas. Jika anda membeli produk Casio G-Shock gred 1:1 ke atas, anda akan disertakan dengan beberapa pekej istimewa seperti kotak G-Shock yang unik dengan gaya tersendiri dan kad waranti yang sah laku selama setahun yang membolehkan jam tangan tersebut dihantar ke mana-mana cawangan Casio G-Shock sekiranya berlaku kerosakan. Tidak lupa juga buku panduan manual turut disertakan sebagai cenderahati.
Seeloknya kita perlu menjadikan kewujudan pelbagai jenis gred di pasaran ini sebagai peluang untuk kita semua untuk bergaya mengikut kemampuan masing-masing. Apa-apapun, betulkan niat masing-masing dan sentiasa ukur kemampuan badan sendiri, bukannya mengikut orang lain.