Cart 0

KENAPA PRODUK K BEAUTY MENJADI KEGILAAN???

KENAPA PRODUK K BEAUTY MENJADI KEGILAAN???


Kecantikan dan cara fesyen memang sinonim bagi negara Korea sehingga ia sentiasa menjadi ikutan bagi muda mudi zaman sekarang. Apabila kita melihat cara penjagaan kulit mereka, pastinya kita rasa cemburu dan tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan kulit mereka. Apabila kita perhatikan, wajah mereka kelihatan sentiasa Glowing, sihat, dan sentiasa nampak cerah tanpa ada cela sedikit pown. Mesti ramai yang akan berfikiran,  Semua kecantikan sebab pembedahan plastik bukan asli. Yes!!! betul juga, sebab korea merupakan negara yang terbesar dalam perniagaan pembedahan plastik. menjadi negara icon pembedahan plastik bagi Dunia!! tapi, anda perlu tahu tanpa penjagaan kulit yang betul, tidak pasti lagi kulit menjadi bergitu sihat, cerah, tanpa cela, glowing dan gebu



Rahsia utama mereka adalah produk kecantikan yang mereka gunakan. pastinya kebanyakan produk perawatan mereka selalunya mengandungi bahan-bahan yang menghidrasi kulit. Asas penjagaan kulit yang lengkap bermula dari Toner, essens, masker.Penggunaan masker sama ada tampalan  atau pun masker buatan, ia sangat penting bagi mereka mengekalkan  ketegangan dan kesegaran kulit mereka.



Pemakaian Skincare berlapis-lapis untuk lebih effective


Kalau siapa yang tengok cara mereka menepek skincare berlapis-lapis, mesti korang terfikir. tak rimas ke? tak berat ke? tetapi tahukah kamu, orang korea mempunyai hobi memakai skincare berlapis-lapis sehinggakan ada yang 12 lapisan!! fuhhh... 


tahukah kamu, skincare layering yang dilakukan mereka membuatkan kesan effective dari produk lebih maksima pada kulit. Apabila selesai pemakaian skincare mereka, kulit mereka akan menjadi terlalu lembut dan segar.  mereka sering memulakan penggunaan produk yang paling ringan iaitu toner, dan diakhiri dengan tekstue yang paling berat iaitu masker. hehehe, kalau rajin, boleh la korang amalkan.. memang pada asasnya nampak susah dan remeh, tetapi hasilnya apabila korang kerap amalkan.. fuhhh!!! berbaloi-baloi




Tekstur ringan pada produk kecantikan mereka


Sedia maklum yang orang korea gemar memakai produk kecantikan yang berlapis-lapis. Oleh otu, pengeluar produk kecantikan mereka berlumba-lumba dalam menghasilkan produk yang super duper ringan, namun  dari segi aspek hasil dan kualiti sangat terbaik. Fomulasi yang digunakan adalah kebanyakkannya dari bahan semula jadi dan sangat effective pada kulit. Selain itu, produk skincare korea tidak mempunyai kandungan silicon yang tinggi dan penggunaan bahan kimia berbahaya adalah sangat-sangat jarang digunakan. jarang atau mungkin tiada. Kandunga  bahan semula jadi yang di formulasi menjadikan setiap saat penggunaannya terus meresap pada kulit, dan tidak berat pada kulit. sangat-sangat selesa dan mesra kulit kita.



Kebanyakan skincare korea banyak mengandungi essence dan serum


Ini lagi satu penyebab, mengapa produk korea terbaik!!! tahukah korang, setiap produk skincare korea pasti mempunyai produk essence atau serum. tanpa ini, memang tak lengkap penjagaan kulit mereka. Kebaikan yang diperolehi dari essence atau serum pastinya memberikan kulit lebih nutrisi dan keseimbangan kelembapan kulit. kesannya pasti lebih effective dan sangat-sangat bagus untuk kulit anda.



Harga bagi produk skincare korea, jauh lebih murah dari produk dari jepun dan negara barat. Disamping kelebihan, kebaikan dan effectivenya produk mereka, harga memainkan peranan penting mengapa kebanyakan pengguna lebih gemar memilih produk skincare dari korea ini. 

Penjagaan kulit secara rutin, teratur dan produk yang betul pastinya menjadikan kulit anda benar-benar seperti sihat, dan perfect ala-ala korea. cuba dulu baru tahu. Mummy Garage turut mengambil peluang untuk memasarkan produk penjagaan kulit dari korea untuk korang alami sendiri kepuasan hasil dari penggunaan produk-produk berkualiti ini. Pastinya, produk-produk dari Mummy Garage adalah original dan diimport dari korea.




Newer post